Wednesday, 30 September 2015

E.M.O.S.I



Assalamualaikum dan hai  /^o^\
Hari ini nak menulis tentang emosi. Ok rasanya semua tahu apa tu emosi and semestinya semua orang ada emosi. Hidup tanpa emosi ni macam robot or else macam tak rasa hidup or lifeless or seangkatan dengannya. kadang tu emosi ni tak menentu. Kejap baik kejap tak baik. (terutama perempuan,even laki pon ada gak). Emosi kan bersifat adaptif, so dia akan ikut apa yang kita rasa. Kalau time mood baik emosi dia akan positif contoh gembira. Even benda kecik pon dia akan rasa happy.Bila emosi dia negative mula lah rasa nak marah,geram, tak puas hati dll.

 Human behavior flows from three main sources: desire, emotion, and knowledge.” –plato-

 Plato mengatakan bahawa emosi menentukan tingkah laku manusia. If emosi kita baik ofkos kita takkan buat perkara yang memcemarkan sifat baik kita.
Kesimpulannya,belajarlah kawal emosi dengan baik. ^^

-AINA-

M.E.N.T.O.R



Assalamualaikum dan salam sejahtera… ^_^

tema diberi kali ini ialah “M.E.N.T.O.R”

what is ‘mentor’?
Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor,atau guru yang boleh dipercayai.
 Boleh juga ia diistilahkan sebagai menasihat,memimpin,mendidik dll. 
Biasanya ia diketuai oleh pensyarah bagi pelajar university. 
Bagi pelajar FEP diwajibkan buat perjumpaan dengan mentor masing2. ^ . ^  (first perjumpaan)
Then, pergi jumpa dengan mentor semalam nama beliau Dr.Mohd.Hasimi Yaacob.
 Kemudian kami bertaaruf dan beliau bertanyakan tentang pembelajaran, 
kewangan dan memberi nasihat serba sedikit.
Overall oklah, bila ada program macam ni. Dia ada pro and cons juga as student.
 bagusnya sebab kita boleh cerita masalah kita or nak minta pandangan daripada mentor. 
Tapi kelemahan dia mungkin dari segi masa kalau nak berjumpa, mungkin pensyarah busy 
atau pelajar ada kelas dan sebagainya.
Kesimpulannya, mentor boleh juga jadi siapa2 sahaja seperti ibubapa, kawan,or siapa2 yang dipercayai.
 
-AINA- 

Wednesday, 23 September 2015

I.N.T.R.O



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
So bagaimana hari korang semua? Baik? Hari yang indah? Hari berduka? Atau hari bersejarah? Hihi,,,
tak mengapa,..lalui lah hari-hari yang dihadapi dengan penuh semangat dan kekuatan diri fizikal dan mental. :D
ok sedikit pengenalan diri, nama diberi Aina Adlynna binti Zulkifli. Berasal dari Kuala Lumpur. Merupakan pelajar lepasan Matrikulasi Selangor tahun 2014/2015 dan kini merupakan mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) program ijazah sarjanamuda pentadbiran perniagaan dengan kepujian.

#pertama kalinya menulis blog dan ini merupakan satu pengalaman yang boleh diambil.

 harapan masuk UKM? Hopefully dapat menjadi mahasiswi yang berjaya dan cemerlang dari segi akademik dan soft skills yang baik. INSYA-ALLAH.

-AINA-

O.B.S.E.S



Assalamualaikum dan salam sejahtera… ^_^

tema diberi kali ini ialah “O.B.S.E.S”
Hurmm,,,apa ya obses tu?  (brainstorming jap…)
oklah ia seperti mengasyikkan atau mengisi fikiran seseorang terus-menerus dan juga 
sebahagian merisaukan.
obses ni juga ada yang positif dan ada yang negetif menyebabkan bahaya pada diri kita.

obses yang positif sebagai contoh, seseorang itu dia obses dengan suka menolong orang. 
Tak kiralah sama ada dia kenal atau tidak orang yang dia jumpa masa tu mesti dia akan tolong.
Hurm, mungkin sekarang susah sikit kot kalau nak jumpa dengan orang macam ni....think so! :p
 
obses yang negatif pula seperti  yang mengakibatkan diri kita sendiri yang susah. 
Contoh terdekat jika seseorang tu obses dengan trend kini. 
Terutama sekali trend k-pop atau pun artis-artis barat. 
Kadang tu sampai menghabiskan banyak perbelanjaan untuk perkara tu sahaja seperti   
pemakaian, design rambut, aksesori pada diri... dll.
tak ke menyusahkan diri and perlu labur banyak duit untuk tu.
 Why not just be yourself je...kan senang hidup! :D
 
 
-AINA-